business-plan1

Apa Yang Perlu Anda Tahu: Panduan Asas Memulakan Perniagaan

Panduan Untuk Usahawan-Usahawan

Perkara asas sebelum memulakan perniagaan

Sebelum anda membuat keputusan untuk memulakan perniagaan, beberapa perkara yang perlu diketahui atau dibuat. Biasanya perkara-perkara ini ditulis sebagai Perancangan Perniagaan (“Business Plan”). Walaupun ada yang menasihatkan agar ia ditulis dengan jelas, terpulanglah kepada anda hendak menulisnya atau tidak kerana tiada siapa yang dapat memaksa cara anda bekerja bukan?Antara perkara-perkara penting ialah:-

Produk atau perkhidmatan untuk diniagakan

Product concept words in tag cloud Biasanya produk atau perkhidmatan yang dipilih ialah sesuatu yang diminati dan usahawan itu mempunyai pengetahuan yang mendalam tentangnya. Walau bagaimanapun banyak juga perniagaan yang agak mudah untuk dijalankan dan tidak memerlukan kursus untuk menjalankannya(spt menjual air minuman dll).

Modal

Duit tentulah perkara paling utama dalam perniagaan bukan? Anda perlu tahu berapa yang diperlukan untuk beberapa jenis perbelanjaan:-
i) Perbelanjaan modal- beli mesin, kenderaan, dll ii) Perbelanjaan operasi – beli stok, petrol, sewa, bil telefon, letrik, air, penghantaran dll iii) Deposit (sewa dsb)

Modal ini biasanya dari duit simpanan sendiri (sila google “bootstrapping a business” utk maklumat berguna), pinjaman saudara-mara atau pinjaman bank dan ajensi kerajaan (MARA, Tekun dll).

Sekiranya anda tidak mempunyai modal sekali pun anda masih boleh memulakan perniagaan dgn cara kreatif yg anda fikirkan (cara yg legal la ) atau boleh dptkan pelbagai maklumat mengenainya online.

 

Tempat operasi

locationAdakah anda memerlukan premis, bilik pameran atau setor? Mungkin juga anda dapat beroperasi dari rumah saja di peringkat permulaan.

Zaman skrg ni anda tak perlu pun premis, kedai atau gerai utk berniaga, boleh saja berniaga secara online (kecuali jenis perniagaan tertentu spt restoran ).

 

Pemasaran

 Perkara-perkara yang anda kena fikirkan antaranya penjenamaan, bagaimana mengedar produk anda, harga, promosi atau pengiklanan produk atau perkhidmatan anda. Sebagai contoh, bagaimana anda hendak mengiklankan tentang produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan? Sekarang ini pelbagai saluran yang dapat anda gunakan bergantung pada bajet anda malah ada juga yang tidak melibatkan kos pun. Antara media yang ada:-

  • Surat khabar, majalah
  • Internet(email, blog, website, forum dll)
  • Flyer, broucher
  • Bunting, banner
  • Surat, poskad
  • SMS, MMS
  • TV, Radio
  • Kawan-kawan atau saudara- mara (“mouth to mouth”)

Pendaftaran perniagaan anda

suruhanraya-syarikat-malaysia

 Anda mempunyai 3 pilihan bentuk pendaftaran :- (i) Milikan tunggal(“sole-proprietor”) (ii) Perkongsian (iii) Syarikat (biasanya “Sdn. Bhd.”). Untuk daftar sebagai milikan tunggal atau perkongsian anda boleh melakukan sendiri di pejabat SSM berdekatan. Tapi untuk mendaftar atau menubuhkan sebuah syarikat “Sdn. Bhd.” anda memerlukan seorang setiausaha syarikat yang berlesen.

Hal-hal pengurusan lain

Hal-hal pengurusan seperti akaun perniagaan(rekod jualan, wang keluar-masuk dll), cukai pendapatan, EPF, SOCSO (jika mempunyai pekerja), cukai perkhidmatan, Dewan Bandaraya atau Majlis Daerah dll. Sebenarnya jika sekali fikir utk berniaga mudah saja, anda tawarkan barang atau khidmat pada harga yg melebihi kos yg anda belinya. Tak kira di mana saja dan medium apa pun.

Mudahkan? Tapi org kata “it is simple but not easy”. Utk mencapai sesuatu anda harus memulakan tindakan dan terus berusa tanpa putus asa. Kalau tak memulakan apa-apa macamana nak dapat hasil? Mulakanlah biarpun langkah kecil.

mulakan

AdminApa Yang Perlu Anda Tahu: Panduan Asas Memulakan Perniagaan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *