Meeting

Apa Yang Perlu Anda Tahu: Tanggungjawab Pengarah Syarikat

Panduan Untuk Usahawan-Usahawan

Tanggungjawab Pengarah Syarikat

Ramai usahawan tidak mengetahui apakah tanggungjawab sebagai seorang pengarah syarikat.
Kebanyakan usahawan hanya “ikut-ikut” dan “buat -buat faham” sahaja tanpa mengetahui apakah sebenarnya tanggungjawab sebagai seorang pengarah syarikat.
Tahukah anda bahawa seorang pengarah syarikat mempunyai tanggungjawab yang lebih berat daripada seorang pemegang saham?

Mungkin ada diantara kita menyangkakan bahawa seorang pengarah syarikat itu tidak ada bezanya dengan pemegang saham. Malah ada juga diantara kita menyangkakan bahawa semua pengarah itu secara automatik ialah pemegang saham dan semua pemegang saham itu ialah pengarah syarikat.
Jika anda tergolong didalam kategori ini maka anda sedang mengalami masalah fundamental perniagaan yang berat.

Tanggungjawab pengarah boleh dibahagikan kepada 2 kategori iaitu tanggungjawab fidusiari dan tanggungjawab statutori

Tanggungjawab Pengarah

Tanggungjawab Fidusiari
Tanggungjawab Statutori

Menurut akta syarikat 1965, tanggungjawab fidusiari ialah dengan menjalankan tugas dengan jujur dan kerajinan yang munasabah.

Menjalankan tugas dengan jujur dan kerajinan yang munasabah adalah tanggungjawab fidusiari.

Menjalankan tugas dengan jujur dan kerajinan yang munasabah adalah tanggungjawab fidusiari.

Tanggungjawab statutori pula ialah seperti:
1) Menyimpan rekod perakaunan dengan sempurna (seksyen 167 akta syarikat 1965)

2) Melantik setiausaha syarikat yang berkelayakan ( seksyen 139 akta syarikat 1965)

3) Melantik juruaudit yang bertauliah dan professional ( seksyen 172 akta syarikat 1965)

4) Mengadakan Mesyuarat Agung tahunan setiap tahun ( seksyen 143 akta syarikat 1965)

5) Membentangkan Akaun, Kunci Kira-Kira yang telah diaudit didalam Mesyuarat Agung Tahunan (seksyen 169 akta syarikat 1965l)

6) Menyerahkan Penyata Tahunan ataupun Annual Return kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (seksyen 165 akta syarikat 1965)

Jika ada diantara usahawan yang secara sengaja ataupun tidak sengaja tidak mematuhi mana-mana peraturan diatas maka hukuman yang boleh dikenakan terhadap anda amatlah berat.

Teruskan bersama kami di Sifu Niaga pada sisipan yang akan datang. Kami sedia untuk berkongsi ilmu dan pengalaman perniagaan bersama anda semua.
Sekian
-Bro Sifu -
AdminApa Yang Perlu Anda Tahu: Tanggungjawab Pengarah Syarikat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *