suruhanraya-syarikat-malaysia

Apa Yang Perlu Anda Tahu: Pematuhan Cukai oleh Pengarah Syarikat

Panduan Untuk Usahawan-Usahawan

Pematuhan Cukai oleh Pengarah Syarikat

SSebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, setiap dari kita yang memperolehi pendapatan samada dari penggajian mahupun perniagaan mempunyai tanggungjawab untuk melapor dan membayar cukai pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Pematuhan cukai syarikat juga selalu diambil ringan oleh usahawan-usahawan perniagaan di Malaysia. Ramai yang mengambil sikap “acuh tak acuh” dan beranggapan “orang lain boleh terlepas kenapa aku mesti bayar cukai?”
Ramai yang mengambil sikap “acuh tak acuh” dan beranggapan “orang lain boleh terlepas kenapa aku mesti bayar cukai?”
Sikap sambil lewa dan mengambil mudah inilah yang selalunya menjerat pengarah-pengarah dan usahawan di negara kita ini.

Tahukah anda bahawa menurut Akta Cukai Pendapatan 1967 pengarah syarikat boleh didenda dan dipenjarakan sekiranya didapati bersalah tidak mematuhi ketetapan yang termaktub didalam Akta Cukai Pendapatan 1967.

Pengarah syarikat boleh didenda dan dipenjarakan sekiranya didapati bersalah tidak mematuhi ketetapan yang termaktub didalam Akta Cukai Pendapatan 1967 Akta Cukai Pendapatan 1967
Akta Cukai Pendapatan 1967

  • Kesalahan tidak mengembalikan Borang Nyata Cukai Pendapatan (Seksyen 112(1)) Denda RM200 hingga RM2,000 atau penjara atau kedua-duanya sekali.
  • Kesalahan tidak memaklumkan layak dikenakan cukai (Seksyen 112(1)) Denda RM200 hingga RM2,000 atau penjara atau kedua-duanya sekali.
  • Kesalahan tidak melaporkan pendapatan sebenar didalam Borang Nyata Cukai Pendapatan (Seksyen 113(1)(a)) Denda RM1,000 hingga RM10,000 dan 200% atas cukai terkurang lapor
  • Kesalahan memberi maklumat tidak tepat mengenai tanggungan cukai sendiri / orang lain (Seksyen 113(1)(b)) Denda RM1,000 hingga RM10,000 dan RM200% atas cukai terkurang lapor.
  • Kesalahan sengaja mengelak cukai dan membantu orang lain mengelak cukai (Seksyen 114(1))atau penjara atau kedua-duanya sekali dan 300% atas cukai terkurang lapor.
  • Kesalahan tidak menyimpan rekod (Seksyen 119A) Denda RM300 hingga RM10,000 atau penjara atau kedua-duanya sekali

Ini adalah antara kesalahan-kesalahan dan denda-denda yang selalu dilakukan oleh orang perseorangan mahupun pengarah syarikat
Ingatlah wahai pengarah-pengarah syarikat semua..jangan hanya kita berbangga menjawat jawatan sebagai pengarah syarikat sedangkan tangungjawab sebagai pembayar cukai perseorangan dan syarikat kita abaikanlhdn-ipad
Ingin mengetahui isu-isu terkini berkaitan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terus ikuti sisipan di Sifu Niaga pada masa hadapan
Sekian
-Bro Sifu-
AdminApa Yang Perlu Anda Tahu: Pematuhan Cukai oleh Pengarah Syarikat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *