gst

Info Sifu Niaga: GST (Part 1)

Panduan Untuk Usahawan-Usahawan

GST @ Goods&Services Tax


BBermula 1 April 2015, negara kita akan menggunapakai sistem percukaian yang lebih efisien dan efektif iaitu CUKAI GST
Sistem Cukai GST ini telah diguna pakai oleh hampir semua negara didunia kecuali negara Brunei, Myanmar dan Malaysia.

Apakah itu GST?

Untuk memudahkan lagi pemahaman anda tentang sistem percukaian di Malaysia kita boleh kategorikan kepada dua sumber pendapatan iaitu:

1) Cukai yang dipungut oleh LHDN
2) Cukai yang dipungut oleh KASTAM

Cukai yang dipungut oleh LHDN:
Cukai yang dipungut oleh LHDN ialah cukai terhadap semua jenis pendapatan yang diperolehi iaitu:

A) Cukai keatas PERNIAGAAN atau Profession
B) Cukai atas PENGGAJIAN yang diperolehi
C) Cukai atas pendapatan yang diperolehi melalui DIVIDEN, FAEDAH atau DISKAUN yang diperolehi
D) Cukai atas pendapatan yang diperolehi SEWAAN, ROYALTI dan PREMIUM ang diterima
E) Cukai atas pendapatan yang diperolehi dari PENCEN & ANUITI
F) Cukai atas sumber pendapatan LAIN-LAIN

LHDN juga memungut CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH
Cukai ini dikenakan apabila sesuatu harta dijual pada harga yang lebih tinggi berbanding dengan harga beliannya. Cukai akan dikenakan atas keuntungan yang diperolehi.

Cukai yang dipungut oleh KASTAM:

  • GST

    GST ialah cukai penggunaan yang dikenakan keatas aktiviti nilai tambah pada setiap peringkat rangkaian pengedaran.
    Ianya dikenakan atas semua barangan dan perkhidmatan termasuk yang diimport melainkan yang dikecualikan oleh kerajaan.
    GST mempunyai satu mekanisma yang membenarkan peniaga menuntut kembali GST yang dibayar atas input perniagaan secara automatik.

    Tuntutan adalah dalam bentuk kredit cukai yang dibuat dengan menolak cukai input yang ditanggung dengan cukai output yang dipungut.

    Masih tidak faham?
    Bahasa mudah difahami:

    CUKAI GST = CUKAI INPUTCUKAI OUTPUT

    Ingin tahu lebih lanjut tentang GST? Ikuti sisipan Sifu Niaga dikeluaran akan datang.

    Sekian

    AdminInfo Sifu Niaga: GST (Part 1)

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *