gstP2

Info Sifu Niaga: GST (Sambungan)

Panduan Untuk Usahawan-Usahawan

GST @ Goods&Services Tax


GGST ialah gantian kepada CUKAI JUALAN & CUKAI PERKHIDMATAN yang diamalkan di Malaysia sekarang ini.Apabila dikuatkuasakan pada 1 April 2015 nanti, secara serta-merta CUKAI JUALAN & CUKAI PERKHIDMATAN akan dihapuskan.

Tahukah anda bahawa dengan berkuatkuasanya Cukai GST ini, kadar CUKAI PENDAPATAN juga akan dapat dikurangkan secara berperingkat oleh KERAJAAN?
Bagaimana? Tidak Percaya?

Pada masa ini, Kerajaan sangat bergantung kepada cukai pendapatan dan hasil petroleum. Sedangkan pada masa yang sama kerajaan telah kerugian berbilion ringgit keatas CUKAI PERKHIDMATAN & SERVIS yang telah dimanupulasi oleh pengilang dan orang tengah.

tvshop2

Cukai GST ialah cukai disemua peringkat iaitu dari pengilang, pemborong, peruncit dan pengguna.

Cukai GST ialah cukai disemua peringkat iaitu dari pengilang, pemborong, peruncit dan pengguna manakala sistem cukai sedia ada, kerajaan hanya mengutip hasil daripada pengilang sahaja manakala pemborong, peruncit mahupun orang tengah diantara “rantaian” itu akan dapat melepaskan diri dari dikenakan cukai.

Akibatnya kerajaan telah mengalami kerugian kerana kehilangan hasil cukai perkhidmatan dan servis ini dan terpaksa menaikkan kadar cukai pendapatan untuk menampung perbelanjaan negara.

Dengan GST kerajaan akan dapat menambahkan lagi sumber pendapatannya dan tidak banyak bergantung kepada CUKAI PENDAPATAN yang dikutip dari kita selama ini.

Sebagai pengguna kita boleh mengetahui berapkah sebenarnya harga pengilang, pemborong, peruncit dan orang tengah kerana GST ialah cukai disemua peringkat dan rantaian..GST untuk Pengguna

Oleh itu kerajaan bolehlah menurunkan kadar CUKAI PENDAPATAN secara berperingkat-peringkat dan kita semua akan turut sama menikmati hasilnya.

Cuba bayangkan selama ini sebagai pengguna, kita tidak dapat mengetahui pun berapakah kos sebenar barang yang kita beli namun dengan GST, sebagai pengguna kita boleh mengetahui berapkah sebenarnya harga pengilang, pemborong, peruncit dan orang tengah kerana GST ialah cukai disemua peringkat dan rantaian.

GST juga dikenali sebagai Cukai Nilai Tambah.

Ramai orang keliru berapa banyakkah cukai yang sebenarnya kita patut bayar? Dengan peningkatan kos sara hidup yang meningkat adakah kita akan lebih terbeban dengan penguatkasaan cukai GST ini?

Setiap tahun sebagai seorang individu yang mempunyai pendapatan yang tinggi sudah tentu akan membayar cukai pendapatan yang dikutip oleh LHDN. Setiap syarikat sdn bhd juga akan dikenakan cukai syarikat jika memperolehi keuntungan selepas dikira untung rugi pada sesuatu tahun kewangan.

Oleh kerana kita juga adalah seorang pengguna, kerajaan menetapkan ada sesetengah barangan akan dikenakan cukai GST kerana konsep GST ialah “jika kita guna lebih atau beli lebih maka kita akan bayar cukai atas barangan dan servis yang digunakan lebih dari pengguna lain”

AdminInfo Sifu Niaga: GST (Sambungan)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *