Supplier_text

Info Sifu Niaga: GST – Pengertian “PERNIAGAAN” & “PEMBEKALAN” didalam Rang Undang-undang GST 2014

Panduan Untuk Usahawan-Usahawan

Pengertian “PERNIAGAAN” & “PEMBEKALAN” didalam Rang Undang-undang GST 2014


DDidalam Rang Undang-Undang Cukai Barang Dan Perkhidmatan 2014, “PERNIAGAAN”
termasuklah :-

a) Apa-apa tred, perdagangan, profession, pekerjaan atau apa-apa aktiviti serupa yang lain, sama ada bagi keuntungan wang atau tidak.
b) Kemudahan atau manfaat yang disediakan oleh sesuatu kelab, persatuan, pertubuhan, perbadanan pengurusan, badan pengurusan bersama, atau organisasi (bagi suatu yuran atau balasan lain juga dikira sebagai
menjalankan perniagaan.
c) Penerimaan masuk seseorang kemana-mana premis bagi suatu BALASAN juga dikira sebagai menjalankan perniagaan

Didalam Rang Undang-Undang Cukai Barang Dan Perkhidmatan 2014, “PEMBEKALAN”
termasuklah :-

a) Semua bentuk pembekalan, termasuk pembekalan perkhidmatan diimport, dilakukan bagi suatu BALASAN dan apa-apa yang undang-undangbukan pembekalan barang tetapi dilakukan bagi suatu BALASAN ialah suatu “PEMBEKALAN” perkhidmatan.

Didalam Rang Undang-Undang GST 2014 – Jadual PERTAMA (Seksyen 4)

a) Apa-apa pemindahan keseluruhan hak kepunyaan barang alih ialah suatu PEMBEKALAN barang tetapi jika milikan barang dialihkan dibawah suatu perjanjian bagi penjualan barang alih; atau dibawah suatu perjanjian yang menetapkan secara nyata bahawa hak kepunyaan itu bagi barang alih akan berpindah pada suatu masa hadapan, ianya merupakan suatu “PEMBEKALAN”
barang.

 

Didalam sisipan yang akan datang kami akan cuba menggunkan bahasa yang lebih mudah difahami. Semakin banyak yang anda tidak tahu mengenai GST?
InsyaAllah kami akan berusaha untuk menerangkan kepada anda di sisipan yang
akan datang.

Teruskan bersama Sifu Niaga!

AdminInfo Sifu Niaga: GST – Pengertian “PERNIAGAAN” & “PEMBEKALAN” didalam Rang Undang-undang GST 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *