ekuiti_text

Info Sifu Niaga: Apakah Jenis-jenis pembiayaan Ekuiti

Panduan Untuk Usahawan-Usahawan

Apakah Jenis-jenis pembiayaan Ekuiti


P
Pembiayaan Ekuiti terbahagi kepada beberapa kriteria dan skopnya yang
tersendiri.

Antara contoh pembiayaan ekuiti ialah:-

johnny_automatic_businessman

  • Pelabur Tidak Formal ataupun Pelabur Persendirian
  • Modal Teroka ataupun Venture Capital (VC)
  • Pasaran Saham
  • Pasaran Utama dan Pasaran ACE
  • Kumpulan Ekuiti Persendirian (Private Equity / PE)

Pelabur Tidak Formal ataupun Pelabur Persendirian

Pelabur Persendirian ialah Pelabur yang mempunyai kekayaan dan ingin melaburkan kembali sebahagian dari wang simpanannya kedalam perniagaan lain yang berdaya maju.

Selalunya pelabur persendirian ini ialah seorang yang banyak pengalaman didalam bidang perniagaan dan telah terbukti berjaya memajukan perniagaan yang diceburinya.

 Pelabur persendirian biasanya tidak berminat untuk melabur didalam syarikat yang baru setahun jagung ditubuhkan. Seperti juga pihak bank, ada benarnya juga mengapa pihak bank menetapkan syarat ketat untuk memberi pinjaman

Pelabur Persendirian biasanya akan melabur didalam sesebuah perniagaan itu setelah meyakini bahawa perniagaan yang bakal diceburi mempunyai potensi untuk berkembang maju di masa akan datang.

Masalah yang sering dihadapi oleh usahawan-usahawan baru ialah masalah mendapatkan modal dan pinjaman perniagaan samada dari pihak bank mahupun pelabur persendirian.

Pelabur persendirian biasanya tidak berminat untuk melabur didalam syarikat yang baru setahun jagung ditubuhkan. Seperti juga

Bank menetapkan syarat bahawa syarikat yang berhasrat meminjam mestilah telah beroperasi sekurang-kurangnya 2 tahun. (Gambar sekadar hiasan)

Bank menetapkan syarat bahawa syarikat yang berhasrat meminjam mestilah telah beroperasi sekurang-kurangnya 2 tahun. (Gambar sekadar hiasan)

pihak bank, ada benarnya juga mengapa pihak bank menetapkan syarat ketat untuk memberi pinjaman.
Bank menetapkan syarat bahawa syarikat yang berhasrat meminjam mestilah telah beroperasi sekurang-kurangnya 2 tahun.

Ini kerana didalam tempoh 2 tahun menjalankan perniagaan, pemilik syarikat yang benar-benar komited sahaja yang dapat bertahan didalam perniagaan yang diceburi. Didalam tempoh 2 tahun selalunya struktur syarikat akan bertambah teratur, halatuju syarikat semakin jelas dan masalah-masalah dalaman samada
kecil ataupun besar telah dapat dikenalpasti oleh usahawan baru tersebut.

Apakah instrumen yang digunakan oleh pelabur persendirian untuk turut sama menceburi sesuatu perniagaan baru dan seterusnya melabur didalam syarikat tersebut? Selalunya pelabur persendirian akan memilih syarikat Sdn. Bhd. berbanding dengan syarikat enterprise ataupun syarikat perseorangan “sole proprietor’.

Ini kerana syarikat Sdn Bhd. menghadkan liabiliti pelabur setakat jumlah syer yang dibayar sahaja iaitu (Company Limited by Shares) manakala Syarikat Perseorangan ataupun Enterprise tidak ada had liabilitinya
terhadap pemegang saham syarikat.


Ingin mengetahui perbezaan antara syarikat Sdn. Bhd. dan Milik Perseorangan?
Ikuti sisipan Sifu Niaga didalam masa terdekat ini.

AdminInfo Sifu Niaga: Apakah Jenis-jenis pembiayaan Ekuiti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *