cukai vs

Info Sifu Niaga: GST – CUKAI INPUT VS CUKAI OUTPUT

Panduan Untuk Usahawan-Usahawan

GST – CUKAI INPUT VS CUKAI OUTPUT


GGST yang dikenali sebagai CUKAI NILAI TAMBAH adalah cukai keatas penggunaan akhir barang dan perkhidmatan. Berbeza dengan cukai jualan yang diamalkan sekarang dimana ianya adalah cukai seperingkat, GST merupakan cukai berperingkat. Bayaran cukai dibuat di semua peringkat oleh perantara dalam proses pembuatan dan pemasaran.

Walaupun cukai akan dibayar di kesemua rangkaian pembuatan dan pemasaran, akhirnya ia akan ditanggung oleh PENGGUNA. Oleh yang demikian, cukai tersebut bukanlah kos kepada perantara mahupun perbelanjaan didalam penyata kewangan.

Orang yang berdaftar dibawah GST adalah dikehendaki mengenakan GST keatas OUTPUT bagi pembekalan barang atau perkhidmatan bercukai yang dibekalkan kepada pengguna. Ini juga dinamakan CUKAI OUTPUT. Pengguna kemudiannya dibenarkan membuat TUNTUTAN KREDIT ataupun CUKAI INPUT keatas apa-apa GST yang telah dibayar keatas segala pembelian yang merupakan INPUT kepada perniagaannya.

CUKAI INPUT

Bahasa yang mudah untuk difahami ialah jika pengguna membeli barang keperluan ataupun membayar kos perkhidmatan, sudah tentulah akan terpaksa membayar harga barangan + 6% CUKAI GST, maka CUKAI GST yang dibayar ataupun ditanggung ini dinamakan CUKAI INPUT.

CUKAI INPUT MERUPAKAN CUKAI GST YANG DITANGGUNG KEATAS PEMBELIAN ATAU PEROLEHAN BARANG DAN PERKHIDMATAN OLEH ORANG KENA CUKAI BAGI TUJUAN MEMBUAT PEMBEKALAN BERCUKAI DALAM PERJALANAN ATAU PENERUSAN PERNIAGAAN. CUKAI INPUT
Pembelian atau perolehan tersebut merangkumi:-

    -Gambar sekadar hiasan

    Barang diimport & Perkhidmatan diimport antara yang dikategorikan Cukai Input

    a) Perolehan ataupun pembelian tempatan barang atau peekhidmatan
    b) barang diimport
    c) perkhidmatan diimport

Seseorang berhak menuntut CUKAI INPUT jika dia membuat pembekalan bercukai dan memenuhi kriteria berikut:-

    a) Cukai input telah ditanggung
    b) cukai input dibenarkan
    c) dia merupakan orang kena cukai, iaitu seseorang yang atau yang kena didaftarkan
    d) barang atau perkhidmatan yang diperoleh dalam perjalanan atau penerusan perniagaan
    e) barang atau perkhidmatan yang dibuat di Malaysia atau apa-apa pembekalan yang dibuat diluar Malaysia yang akan menjadi pembekalan bercukai jika dihuat di Malaysia.
CUKAI OUTPUT

CUKAI OUTPUT (ATAS PENDAPATAN) pula ialah cukai dikenakan keatas barang ataupun perkhidmatan YANG DIJUAL / YANG DIKHIDMATKAN dan boleh dituntut kembali ketas CUKAI INPUT (ATAS KOS) yang dikenakan semasa membeli barang mentah dan keperluan asas ataupun konsultasi yang dibayar sebelum dapat di nilai tambahkan dan dijual semula di pasaran .

Formula GST = CUKAI INPUTCUKAI OUTPUT

Jika cukai input melebihi cukai output, pengguna boleh menuntut balik cukai berkenaan dari kerajaan.
Jika cukai output melebihi cukai input, perbezaannya akan dibayar kepada kerajaan.

Mudah difahami bukan?

Ikuti sisipan berkenaan isu GST pada masa akan datang.
Kami sedia berkongsi ilmu bersama anda.

AdminInfo Sifu Niaga: GST – CUKAI INPUT VS CUKAI OUTPUT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *