Out of Biz

Info Sifu Niaga: APAKAH MAKSUD LIKUIDASI ATAU SYARIKAT DALAM PENGGULUNGAN?

Panduan Untuk Usahawan-Usahawan

APAKAH MAKSUD LIKUIDASI ATAU SYARIKAT DALAM PENGGULUNGAN


SSyarikat dalam penggulungan ialah proses dimana syarikat dikumpulkan dan menyedari untuk membayar hutang pemiutang.

DALAM KEADAAN APAKAH SESEBUAH SYARIKAT BOLEH DIGULUNGKAN OLEH MAHKAMAH?

Menurut Akta Syarikat 1965 (Seksyen 218):- dalam hal ehwal syarikat untuk kepentingan mereka sendiri berbanding kepentingan ahli (pemegang saham) secara keseluruhan atau berlaku adil

a) Syarikat telah melalui resolusi khas memutuskan supaya digulungkan oleh Mahkamah
b) Apabila Pengarah-Pengarah telah bertindak dalam hal ehwal syarikat untuk kepentingan mereka sendiri berbanding kepentingan ahli (pemegang saham) secara keseluruhan atau berlaku tidak adil kepada ahli-ahli (pemegang saham) lain;
c) Apabila syarikat tidak mampu membayar hutang;
d) Mahkamah berpendapat bahawa ia adil dan berekuiti supaya syarikat digulungkan;
e) Bilangan ahli (pemegang saham) dikurangkan kepada seorang, selain syarikat Milikan Tunggal (Sole Proprietor)
f) Syarikat tidak memulakan perniagaan dalam tempoh 1 tahun dari pemerbadanannya atau menggantungkan perniagaannya untuk sepanjang tahun;
g) Dimana telah dinyatakan di memorandum & artikel syarikat – tempoh untuk tamat syarikat telah ditetapkan atau dimana kejadian yand ditetapkan telah berlaku dan;
h) Syarikat yang digunakan bagi maksud yang menyalahiundang-undang atau yang memudaratkan keselamatan negara atau kepentingan awam.

SIAPA YANG BOLEH DILANTIK SEBAGAI PELIKUIDASI?

a) Pegawai Penerima (Ketua Pengarah Insolvensi (DGI) ; atau
b) Pelikuidasi persendirian (Individu yang berlesen sebagai Pelikuidasi)

APAKAH TUGAS UTAMA PELIKUIDASI?

a) Tugas utama pelikuidasi adalah menggulungkan yarikat dengan mengagihkan aset kepada pihak pemiutang dan baki aset, jika ada, diagihkan kepada ahli syarikat (pemegang saham syarikat).
b) Kuasa pengarah syarikat dihentikan dan segala urusan diambil alih oleh pelikuidasi sebaik sahaja tarikh penggulungan syarikat bermula.
c) Adalah tanggungjawab pelikuidasi untuk memastikan syarikat dibubarkan dengan sempurna

Nantikan sisipan dan info dari Sifu Niaga pada masa akan datang.

AdminInfo Sifu Niaga: APAKAH MAKSUD LIKUIDASI ATAU SYARIKAT DALAM PENGGULUNGAN?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *