pengarah syarikat

Info Sifu Niaga: DEFINISI DAN FUNGSI PENGARAH SYARIKAT MENURUT AKTA SYARIKAT 1965

Panduan Untuk Usahawan-Usahawan

DEFINISI DAN FUNGSI PENGARAH SYARIKAT MENURUT AKTA SYARIKAT 1965


BBerikut adalah penerangan tentang definisi dan fungsi Pengarah Syarikat menurut perundangan atau secara khususnya Akta Syarikat 1965.

Menurut Seksyen 122 (1) Akta syarikat 1965 :-

Tiap-tiap syarikat hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya dua orang pengarah syarikat yang setiap orang mempunyai tempat bermastautin utama di Malaysia atau hanya di dalam Malaysia.johnny_automatic_businessman

Menurut Seksyen 122 (1A) – dalam subseksyen (1) “pengarah” tidak termasuk pengarah silih ganti atau pengarah gantian.

Menurut Seksyen 122 (2) – Tidak ada orang selain dari orang sebenar sudah cukup umur boleh menjadi pengarah syarikat

Orang yang sudah cukup umur disini ialah orang yang sudah mencapai umur 18 tahun dan keatas.

Menurut Seksyen 122 (3) – Pengarah pertama syarikat hendaklah dinamakan disalam Memorandum atau perkara-perkara syarikat.

Perkara-perkara syarikat disini ialah artikel syarikat.

Menurut Seksyen 122 (6) – Walau apa pun yang terkandung didalam Akta Syarikat atau dalam memorandum atau artikel sebuah syarikat,:-

Seseorang pengarah sebuah syarikat TIDAK BOLEH meletakkan jawatan atau mengosongkan jawatannya JIKA dengan perletakan jawatan atau mengosongkan jawatannya, bilangan pengarah syarikat dikurangkan dibawah 2 orang dan apa-apa perlanggaran atas akta ini disifatkan bahawa perletakan atau pengosongan jawatan pengarah itu adalah TIDAK SAH.

FUNGSI-FUNGSI DAN KUASA-KUASA LEMBAGA PENGARAH

Menurut Seksyen 131B (1) – Urusniaga dan hal ehwal syarikat mesti diurus oleh atau dibawah arahan lembaga Pengarah

Menurut Seksyen 131B (2) – Lembaga Pengarah mempunyai semua kusa-kuasa yang diperlukan untuk mengurus dan untuk mengarah dan menyelia pengurusan urus niaga dan hal ehwal syarikat yang tertakluk kepada apa-apa pengubahsuaian, pengecualian atau had yang terkandung didalam Akta ini atau didalam memorandum atau artikel syarikat.

KEWAJIPAN DAN LIABILITI PEGAWAI-PEAGAWAI

board-of-directors

Menurut Seksyen 132 (2) ;- Larangan terhadap penyalahgunaan harta syarikat, kedudukan, peluang korporat atau persaingan dengan syarikat.

Pengarah atau pegawai syarikat tidak boleh tanpa kebenaran atau pengesahan Mesyuarat Agung;

a) Menggunakan harta syarikat
b) Menggunakan apa-apa maklumat yang diperoleh oleh sebab kedudukannya sebagai pengarah atau pegawai syarikat;
c) Menggunakan kedudukannya sebagai pengarah atau pegawai tersebut
d) menggunakan mana-mana peluang dalam syarikat yang dia sedari, dalam perlaksanaan fungsinya sebagai pengarah atau pegawai syarikat; atau
e) terlibat didalam urusniaga yang bersaing dengan syarikat,

untuk mendapat keuntungan secara lngsung atau tidak langsung, manfaat bagi dirinya atau mana-mana orang lain, atau menyebabkan kerosakan kepada syarikat.

Menurut Seksyen 132 (3) ‘Pegawai” atau “ejen” yang melakukan pelanggaran seksyen ini hendaklah ;-

a) bertanggung jawab kepada syarikat untuk apa-apa keuntungan yang dibuat olehnya atau kerosakan oleh syarikat akibat dari perlanggaran tersebut; dan

b) bersalah diatas kesalahan Akta ini

PENALTI : LIMA TAHUN PENJARA ATAU TIGA PULUH RIBU RINGGIT

Menurut Seksyen 132 (6) -

“Pegawai” termasuk orang yang pada bila-bila masa telah menjadi pegawai syarikat;mahkamah

(Post Sifu Niaga sebelum ini telah menerangkan kritirea yang dimaksudkan sebagai “Pegawai” syarikat)

“Ejen” termasuk ahli bank, peguamcara dan peguam bela,juruaudit, akauntan atau broker saham pebadanan dan mana-mana orang yang pada bila-bila masa dalam ENAM BULAN TERDAHULU telah dengan disedari bersangkutan dengan perbadanan dan mempunyai maklumat.

Sebagai seorang pengarah syarikat dan pegawai syarikat, kita mestilah menjalankan amanah yang telah diamanahkan kepada kita sebaiknya.

Nantikan sisipan dan info dari Sifu Niaga pada masa akan datang.

AdminInfo Sifu Niaga: DEFINISI DAN FUNGSI PENGARAH SYARIKAT MENURUT AKTA SYARIKAT 1965

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *