feature_memorandum

Info Sifu Niaga: Elemen-Elemen didalam Memorandum Syarikat Menurut Akta Syarikat 1965

Panduan Untuk Usahawan-Usahawan

Elemen-Elemen didalam Memorandum Syarikat Menurut Akta Syarikat 1965


SSebagai seorang usahawan dan mempunyai syarikat sendiri, sudah tentulah kita biasa melihat dan menyebut tentang Memorandum & Artikel Syarikat.Apakah Memorandum & Artikel Syarikat ini? Kenapa ianya menjadi satu dokumen penting dan selalu dipinta oleh pihak Bank semasa ingin memohon pinjaman dan peguam semasa ingin membuat apa-apa perjanjian berkaitan syarikat?

Menurut seksyen 18 (1) Akta syarikat 1965 :-
Memorandum setiap syarikat hendaklah dicetak dan dibahagikan kepada perenggan-perenggan bernombor dan bertarikh dan hendaklah menyatakan:

Jangan memandang remeh MEMORANDUM & ARTIKEL SYARIKAT. Ianya adalah dokumen penting yang kita mesti ambil tahu

Jangan memandang remeh MEMORANDUM & ARTKEL SYARIKAT. Ianya adalah dokumen penting yang kita mesti ambil tahu

a) Nama Syarikat
b) Objek-objek syarikat (Objektif syarikat)
c) melainkan syarikat itu syarikat tidak berhad jumlah syer modal (jika ada) dan pembahagiannya kepada syer-syer amaun yang ditetapkan hendaklah di masukkan didalam Memorandum Syarikat.
d) jika syarikat ialah SYARIKAT BERHAD MENURUT SYER, tanggungan ahli-ahli (pemegang saham) adalah berhad setakat syer mereka sahaja
e) jika syarikat ialah SYARIKAT BERHAD MENURUT GERENTI, tanggungan ahli-ahli adalah berhad dan setiap ahli mengaku untuk menyumbang kepada aset-aset syarikat, sekiranya syarikat digulung semasa ia menjadi ahli atau dalam masa SATU TAHUN selepas ia TERHENTI menjadi ahli, bagi pembayaran hutang-hutang dan tanggungan syarikat yang dikontrakkan sebelum ia berhenti menjadi ahli
dan
tentang bayaran kos dan perbelanjaan penggulungan dan bagi penyelarasan hak-hak penyumbang antara mereka, sejumlah yang dikehendaki tidak melebihi amaun yang ditetapkan sebagai tambahan kepada amaun (jika ada) yang tidak dibayar atas apa-apa syer yang dipegang olehnya;
f) jika syarikat itu adalah syarikat tak berhad, bahawa tanggungan ahli-ahli adalah tidak berhad
g) nama-nama penuh, alamat-alamat dan pekerjaan-pekerjaan penandatangan-penandatangannya; dan
h) penandatangan menyatakan hasrat untuk menubuhkan syarikat menurut memorandum dan (sekiranya syarikat akan mempunyai modal syer) bersetuju masing-masing untuk mengambil sebilangan syer dalam modal syarikat yang dinyatakan bertentangan dengan nama masing-masing.


Menurut seksyen 18 (2) akta syarikat 1965:-
Setiap penandatangan kepada memorandum hendaklah, jika syarikat ini akan mempunyai modal syer, DENGAN TULISANNYA SENDIRI menulis bilangan syer (tidak kurang dari satu) yang ia bersetuju untuk mengambil dan hendaklah menandatangani memorandum itu dihadapan sekurang-kurangnya seorang saksi (yang bukannya penandatangan yang satu lagi) yang hendaklah menurunkan tandatangan dan menambahkan alamatnya

Menurut seksyen 18 (3) akta syarikat 1965:-

Suatu kenyataan dalam memorandum syarikat berhad menurut syer bahawa tanggungan ahli-ahli adalah berhad hendaklah membawa erti bahawa tanggungan ahi-ahli adalah terhad kepada jumlah (jika ada) yang belum dibayar keatas syer masing-masing yang dipegang oleh mereka.

Secara kesimpulannya sesebuah syarikat bolehlah dibahagi kepada 4 jenis syarikat:

Sebuah syarikat berhad menurut syer

Sebuah syarikat berhad menurut gerenti

Sebuah syarikat berhad menurut syer dan gerenti

Sebuah syarikat tidak berhad (unlimited liability)

Sebuah syarikat berhad menurut syer boleh dipemerbadankan sebagai syarikat persendirian (Sdn. Bhd.) JIKA MEMORANDUM ATAU ARTIKEL
syarikat itu menurut seksyen 15 (1) akta syarikat 1965 menggariskan bahawa;-

a) menghadkan HAK untuk memindahmilik syer
b) menghadkan kepada tidak lebih dari LIMA PULUH (50) bilangan ahli-ahlinya (pemegang saham)
c) MELARANG apa-apa PELAWAAN kepada AWAM untuk memohon membeli apa-apa syer atau debentur syarikat;
d) MELARANG apa-apa pelawaan kepada AWAM supaya mendeposit wang dengan syarikat untuk tempoh yang ditetapkan atau kena dibayar atas permintan, samada dikenakan faedah atau tidak.

Kita bolehlah juga didalam bahasa yang mudah menyatakan bahawa Memorandum syarikat sebenarnya ialah umpama “kad pengenalan” kepada syarikat.

Jika kita ingin berurusan dengan sesebuah syarikat, kita sepatutnya boleh meminta untuk melihat Memorandum & Artikel syarikat berkenaan untuk mengetahui tentang latar belakang dan asas matlamat penubuhan syarikat tersebut.

Oleh itu INGATLAH…jangan memandang remeh MEMORANDUM & ARTIKEL SYARIKAT. Ianya adalah dokumen penting yang kita mesti ambil tahu.

 

Nantikan sisipan dan info dari Sifu Niaga pada masa akan datang.

AdminInfo Sifu Niaga: Elemen-Elemen didalam Memorandum Syarikat Menurut Akta Syarikat 1965

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *