tax 2

Info Sifu Niaga: CUKAI PENDAPATAN – PERUBAHAN PADA CUKAI INDIVIDU TAHUN 2014

Panduan Untuk Usahawan-Usahawan

CUKAI PENDAPATAN – PERUBAHAN PADA CUKAI INDIVIDU TAHUN 2014


SSetiap tahun Menteri Kewangan akan membentangkan Belanjawan Negara di Parlimen. Setelah mendapat pandangan dan cadangan dari sektor korporat, sektor swasta mahupun input dari segenap lapisan masyarakat Malaysia maka Kementerian Kewangan akan merumuskan dan merangkumkan cadangan dan pandangan semua pihak untuk dijadikan asas belanjawan ataupun bajet Negara.

Semua langkah-langkah ataupun perubahan kepada struktur cukai individu mahupun struktur cukai korporat dirangka berlandaskan halatuju ekonomi yang telahpun digariskan oleh pihak Kerajaan didalam usaha merangsang ekonomi negara pada sesuatu tahun dan termasuklah isu-isu berkaitan ekonomi diperingkat global tahun yang berkenaan.

Didalam Bajet 2014 yang lalu, terdapat beberapa peruntukan dan perubahan akta cukai pendapatan 1967 yang dicadangkan dan akan dikuatkuasa selepas diwartakan.Budget 2014 Malaysia Belanjawan Negara

Antara peruntukan yang dicadangkan ialah:-

POTONGAN CUKAI BULANAN SEBAGAI CUKAI MUKTAMAD

1) Pihak Majikan diwajibkan memotong cukai daripada gaji bulanan pekerja sepertimana diperuntukkan di bawah kaedah-kaedah cukai pendapatan (potongan daripada saraan) 1994 (PCB)

POTONGAN CUKAI BULANAN SEBAGAI CUKAI MUKTAMAD
Pihak Majikan diwajibkan memotong cukai daripada gaji bulanan pekerja sepertimana diperuntukkan di bawah kaedah-kaedah cukai pendapatan (potongan daripada saraan) 1994 (PCB)

Walaupun cukai telah dipotong daripada gaji dan amaun cukai yang dipotong itu telah dihantar kepada LHDN, pekerja berkenaan masih diwajibkan mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) kepada LHDN pada atau sebelum 30 April tahun berikutnya.

Perubahan yang dicadangkan ialah:-

Pekerja yang cukai pendapatan telah dipotong daripada gajinya boleh memilih untuk tidak menyerahkan Borang Nyata Cukai Pendapatan jika semua syarat berikut dipenuhi:-
  • Pekerja hanya mempunyai pendapatan penggajian (tidak termasuk manfaat berupa barangan dibawah sek13(1)(b) dan tempat kediaman dibawah sek 13(1)(c)
  • Cukai telah dipotong dari gajinya oleh majikan dibawah seksyen 107(2) mengikut kaedah-kaedah cukai pendapatan (potongan daripada saraan) 1994
  • Potongan cukai itu tidak ditanggung oleh majikan
  • Isteri atau suaminya tidak memilih taksiran bersama dengan pekerja tersebut.

Jika syarat-syarat diatas dipenuhi dan pekerja itu tidak menyerahkan BNCP maka pekerja itu disifatkan telah membuat pilihan untuk tidak menyerahkan BNCP. Cukai yang telah dipotong disifatkan sebagai amaun cukai kena bayar pekerja itu bagi tahun taksiran itu dan tiada notis taksiran akan dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri (KPHDN).

Pekerja akan terlepas daripada beban mengisi borang cukai, mengurangkan kesesakan di kaunter LHDN dan menjimatkan kos pentadbiran cukai LHDN.Kesan Pelaksanaan Potongan Cukai Bulanan

Walau bagaimanapun KPHDN masih mempunyai kuasa untuk membuat taksiran dibawah seksyen 90(3) atau seksyen 91 dan jika taksiran telah dibuat oleh KPHDN maka PCB yang telah dipotong tidak lagi disifatkan sebagai amaun cukai kena bayar bagi tahun itu.

Kesan dari peruntukan ini:-

Pekerja akan terlepas daripada beban mengisi borang cukai, mengurangkan kesesakan di kaunter LHDN dan menjimatkan kos pentadbiran cukai LHDN.

Tarikh mula kuatkuasa ialah tahun taksiran 2014.

Nantikan sisipan dan info dari Sifu Niaga pada masa akan datang.

AdminInfo Sifu Niaga: CUKAI PENDAPATAN – PERUBAHAN PADA CUKAI INDIVIDU TAHUN 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *