IMAGE FLEXIBLE

Info Sifu Niaga: CUKAI PENDAPATAN – PERUBAHAN PADA CUKAI LAIN-LAIN PEMBAYAR CUKAI

Panduan Untuk Usahawan-Usahawan

CUKAI PENDAPATAN – PERUBAHAN PADA CUKAI LAIN-LAIN PEMBAYAR CUKAI


T
Tahukah anda bahawa terdapat syarikat yang berstatus FLEXIBLE WORK ARRANGEMENT (FWA) yang diberikan oleh Talent Corporation Malaysia Bhd.?

 

Flexible Work Arrangement (FWA) boleh dilaksanakan oleh majikan seperti berikut:-
a) Flexible Working hours – pekerja boleh memilih dan mengatur berapa jam sehari untuk bekerja selagi mereka dapat memenuhi tempoh bekerja yang ditetapkan dalam seminggu;
b) Telecommuting – pekerja boleh bekerja dari rumah atau dari mana-mana tempat selain dari pejabat;
c) Compressed work week – pekerja dibenarkan untuk memendekkan tempoh hari bekerja dalam seminggu dengan bekerja lebih masa dalam sehari
d) School holidays work arrangement – pekerja yang mempunyai anak bersekolah dibenarkan bekerja dari rumah semasa cuti sekolah
e) Employees choice of days off – pekerja diberi pilihan untuk merancang jadual kerja dan seterusnya jadual cuti.

 
Perbelanjaan melatih pekerja layak mendapat potongan dalam mengira pendapatan perniagaan dilaraskan

Berkuatkuasa bagi permohonan bagi status FWA yang diterima oleh Talent Corporation Malaysia Bhd dari 1 Januari 2014 hingga 31 Disember 2016.

Syarikat yang layak mendapat insentif ini ialah syarikat yang bermastautin di Malaysia yang diluluskan sebagai syarikat berstatus FWA oleh Talent Corporation Malaysia Bhd.

Didalam bajet 2014 yang dibentangkan oleh kerajaan tempohari, perbelanjaan bagi melatih pekerja, penyelia dan pengurus syarikat dan fi konsultansi bagi merangka FWA yang sesuai yang ditanggung oleh majikan dalam melaksanakan FWA diberi POTONGAN TAMBAHAN.

Antara perbelanjaan latihan yang layak mendapat potongan tambahan ialah latihan dalam;

a) Optimising work-life balance
b) Technology orientation
c) Managing a flexible workforce
d) Helping managers embrace flexible work alternatives

Galakan cukai ini diberi tempoh 3 tahun taksiran berturut-turut mulai tarikh kelulusan diperoleh.

Antara kesan daripada galakan ini ialah, waktu kerja yang anjal dan persekitaran kerja yang akomodatif merupakan faktor penting untuk megekalkan bakat dalam pasaran tenaga kerja.

Kemajuan kerjaya dan kehidupan yang seimbang (work life balance) memerlukan majikan melaksanakan flexible work arrangements (FWA)

FWA memberikan kemudahan kepada majikan untuk menyesuaikan aktiviti organisasi dengan persekitaran kerja dan cara kerja maya (virtual) dan dijangka dapat meningkatkan motivasi dan produktiviti pekerja.
 
Insentif ini diharap akan menggalakkan majikan melaksanakan FWA dan seterusnya mengekalkan bakat dalam pasaran tenaga kerja serta meningkatkan motivasi, kualiti dan produktiviti pekerja

 
Sebenarnya ada banyak galakan cukai yang diberikan oleh kerajaan untuk meringankan beban rakyat. Kita hanya perlu peka dan sentiasa mengambil tahu semasa bajet dibentangkan di Parlimen.

Nantikan sisipan dan info dari Sifu Niaga pada masa akan datang.