account-books

Info Sifu Niaga: PENYIMPANAN AKAUN SYARIKAT MENURUT AKTA SYARIKAT 1965

Panduan Untuk Usahawan-Usahawan

PENYIMPANAN AKAUN SYARIKAT MENURUT AKTA SYARIKAT 1965


M

Menurut Akta syarikat 1965, Seksyen 167:-

 

Tiap-tiap syarikat dan pengarah-pengarah dan pengurus-pengurus hendaklah menyebabkan disimpan rekod-rekod akaun dan lain-lain rekod yang menerangkan dengan cukup transaksi dan kedudukan kewangan syarikat dan membolehkan akaun untung rugi yang sebenar dan kunci kira-kira dan apa-apa dokumen yang dikehendaki untuk disertakan kepadanya disimpan dalam apa-apa cara untuk membolehkannya diaudit dengan mudah dan betul.

 

Tiap-tiap syarikat dan pengarah-pengarah dan pengurus-pengurus hendaklah menyebabkan kemasukan yang sempurna dibuat dalam rekod-rekod akaun dan lain-lain rekod dalam masa enam puluh hari daripada tamatnya transaksi yang mana ia berkait.

 

Syarikat hendaklah menyimpan rekod-rekod yang tersebut untuk TUJUH TAHUN selepas siap transaksi atau operasi-operasi dimana ia berkait berturut-turut.
Rekod-rekod yang disebut hendaklah disimpan di pejabat berdaftar syarikat atau mana-mana tempat lain di Malaysia seperti yang difikirkan sesuai oleh pengarah-pengarah dan hendaklah pada setiap masa dibuka kepada pemeriksaan pengarah-pengarah.

 

Rekod-rekod akaun dan lain-lain rekod operasi di luar Malaysia hendaklah disimpan oleh syarikat ditempat diluar Malaysia dan hendaklah dihantar kepada dan disimpan ditempat dalam Malaysia dan pada setiap masa dibuka untuk pemeriksaan oleh pengarah-pengarah, apa-apa kenyataan atau penyata berkenaan dengan perniagaan yang dikendalikan dalam rekod-rekod yang disimpan untuk membolehkan untuk disediakan akaun untung rugi yang sebenar dan adil dan kunci kira-kira dan apa-apa dokumen yang dikehendaki untuk disertakan kepadanya.

 

Jika mana-mana rekod akaun dan lain-lain rekod disimpan di tempat di luar Malaysia, syarikat hendaklah, jika dikehendaki oleh Pendaftar mengeluarkan rekod-rekod tersebut di suatu tempat di Malaysia untuk mematuhi kehendak Pendaftar.

 

Kita mesti ambil maklum BAHAWA:-

Mahkamah boleh dalam mana-mana kes tertentu memerintah bahawa rekod-rekod akaun dan lain-lain rekod syarikat dibuka untuk pemeriksaan oleh syarikat juruaudit yang diluluskan bertindak untuk pengarah tetapi hanya dengan akujanji bertulis diberi kepada Mahkamah bahawa maklumat tersebut diperolehi oleh juruaudit semasa pemeriksaannya hendaklah tidak didedahkan olehnya kecuali kepada pengarah tersebut.

 

Namun begitu, jika akujanji kepada Mahkamah itu tidak dipatuhi, syarikat tersebut dan tiap-tiap pegawai syarikat yang ingkar adalah melakukan kesalahan terhadap Akta Syarikat 1965.

Penalti: Enam Bulan PENJARA atau LIMA RIBU RINGGIT atau KEDUA-DUANYA SEKALI.

 

Kerap kali kita dengar dan lihat bahawa ramai usahawan yang langsung tidak mengambil berat tentang betapa pentingnya penyimpanan akaun syarikat terhadap perjalanan sesuatu perniagaan itu. Kebanyakan mereka hanya mementingkan jualan syarikat tanpa menghiraukan untuk menyimpan rekod-rekod transaksi perniagaan seperti Resit Belian, Invois Jualan, Baucer Bayaran, Penyata Bank setiap bulan, Puntung Cek dan berbagai-bagai dokumen sokongan perniagaan yang lain.

 

Didalam sisipan yang akan datang Sifu Niaga akan menyentuh tentang pengauditan akaun syarikat Sdn. Bhd. menurut Akta Syarikat 1965.

 

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN DARI KAMI DI SIFU NIAGA

AdminInfo Sifu Niaga: PENYIMPANAN AKAUN SYARIKAT MENURUT AKTA SYARIKAT 1965

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *