PD-Gold-Bars-and-Money4

Info Sifu Niaga: Pendedahan Kepentingan Di Dalam Kontrak Dan Harta Pengarah – Pengarah Syarikat Mengikut Akta Syarikat 1965

Panduan Untuk Usahawan-Usahawan

Pendedahan Kepentingan DiDalam Kontrak Dan Harta Pengarah – Pengarah Syarikat Mengikut Akta Syarikat 1965


M

Menurut Akta Syarikat 1965 Seksyen 131 :-

 

Tiap-tiap pengarah syarikat yang dalam apa cara, samada secara langsung atau tidak langsung, berminat didalam kontrak atau kontrak yang dicadangkan dengan syarikat tersebut (syarikat yang pengarah tersebut ada kepentingan) hendaklah secepat mungkin yang praktik selepas fakta-fakta yang relevan telah sampai ke pengetahuannya MENGISYTIHARKAN sifat kepentingannya di Mesyuarat Pengarah – Pengarah Syarikat.

 

Budget 2014 Malaysia Belanjawan NegaraTiap-tiap pengarah syarikat yang memegang apa-apa jawatan atau memiliki apa-apa harta samada langsung atau tidak langsung, tugas-tugas atau kepentingan-kepentingan mungkin wujud bercanggah dengan tugas-tugas atau kepentingan-kepentingannya sebagai pengarah hendaklah mengisytiharkan di mesyuarat pengarah-pengarah syarikat fakta dan sifat jenis dan had percanggahan tersebut.

 

Pengisytiharan tersebut hendaklah dibuat di mesyuarat pertama pengarah-pengarah yang diadakan:-:-
  • Selepas ia menjadi pengarah
  • (jika sudah menjadi pengarah) selepas ia mula memegang jawatan atau untuk memiliki harta mengikut keperluan kes.
Setiausaha syarikat hendaklah merekodkan tiap-tiap pengisytiharan dibawah seksyen ini didalam minit mesyuarat dimana ia diadakan.

 

Suatu kepentingan SUAMI/ISTERI pengarah syarikat (dimana SUAMI ATAU ISTERI itu bukannya pengarah syarikat itu) dan suatu kepentingan ANAK, termasuk ANAK ANGKAT atau ANAK TIRI pengarah syarikat itu (yang bukannya pengarah dalam syarikat itu) didalam syer atau debentur syarikat, hendaklah dianggap sebagai kepentingan didalam kontrak atau kontrak yng dicadangkan.

 

Menurut Seksyen 131A pula,

 

Tertakluk kepada seksyen 131 yang kita bincangkan sebelum ini :- seorang pengarah yang dalam apa-apa cara, samada langsung atau tidak langsung, berminat didalam kontrak yang dimasuki atau kontrak yang dicadangkan untuk dimasuki oleh syarikat itu, kecuali jika kepentingan itu tidak perlu didedahkan dibawah seksyen 131; Hendaklah dikira hanya untuk mencapai korum pada mesyuarat lembaga tetapi tidak boleh turut serta didalam apa-apa perbincangan dalam masa kontrak atau kontrak yang dicadangkan itu dipertimbangkan dalam mesyurat lembaga dan hendaklah tidak boleh mengundi atas kontrak yang dicadangkan itu

 

Namun begitu, seksyen 131A hendaklah tidak terpakai kepada antara lain:-

 
a) Sebuah syarikat persendirian kecuali jika ianya adalah subsidiari syarikat awam
 
b) Sebuah syarikat persendirian yang merupakan sebuah subsidiari yang dimiliki sepenuhnya oleh sebuah syarikat awam, berkenaan dengan mana-mana kontrak atau kontrak yang dicadangkan untuk dimasuki oleh syarikat persendirian dengan syarikat induk atau dengan subsidiari lain yang dimiliki seluruh oleh syarikat induk yang sama
 

Menurut Seksyen 131B pula,

 

Urus niaga dan hal ehwal syarikat mesti diurus oleh atau dibawah arahan lembaga pengarah dan;

Lembaga pengarah mempunyai semua kuasa-kuasa yang diperlukan untuk mengurus dan untuk mengarah dan menyelia pengurusan urus niaga dan hal ehwal syarikat yang tertakluk kepada apa-apa pengubahsuaian, pengecualian atau had yang terkandung didalam Akta ini atau didalam memorandum atau artikel syarikat.

 

Sebagai kesimpulannya, tanggungjawab dan tugas sebagai pengarah bukannya satu tugas mudah tetapi ianya terpaksa menanggung liabiliti dan peraturan-peraturan yang terkandng didalam akta syarikat 1965.
 

Nantikan sisipan dan info dari Sifu Niaga pada masa akan datang.
 
Sekian
 

 

AdminInfo Sifu Niaga: Pendedahan Kepentingan Di Dalam Kontrak Dan Harta Pengarah – Pengarah Syarikat Mengikut Akta Syarikat 1965

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *