iks3_sarjanisdnbhd

Info Sifu Niaga: Pengenalan Kepada Perusahaan Kecil & Sederhana -PKS

Panduan Untuk Usahawan-Usahawan

Pengenalan Kepada Perusahaan Kecil & Sederhana -PKS


PPerusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) termasuk mikro memainkan peranan penting dalam mendorong pertumbuhan, guna tenaga dan pendapatan di Malaysia.

 

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, PKS telah mencatat prestasi yang memberangsangkan. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) PKS berkembang pada kadar purata pertumbuhan tahunan 6.8%, jauh melebihi purata KDNK keseluruhan sebanyak 4.9% dalam tempoh 2004-2010.

 

Melangkah kehadapan, lantaran persekitaran global yang dilanda ketidakpastian dengan persaingan yang bertambah sengit, Malaysia memerlukan ‘game changer’ untuk beralih kepada sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

 

PKS adalah kritikal dalam proses transformasi ekonomi kerana ia merupakan sumber pertumbuhan domestik dan asas kepada aktiviti sektor swasta.

 

PKS juga adalah penting dalam merangsang inovasi dan bertindak sebagai penstabil pertumbuhan ekonomi semasa kelembapan ekonomi.

 

APAKAH STATUS PKS DI MALAYSIA?
 
PKS di Malaysia ditakrifkan berdasarkan dua kriteria, iaitu jumlah hasil jualan tahunan dan bilangan pekerja sepenuh masa sesebuah perniagaan.
 

NILAI JUALAN TAHUNAN

a) MIKRO – Kurang daripada RM200,000
b) KECIL – Dari RM200,000 sehingga Kurang daripada RM1juta
c) SEDERHANA – Dari RM1juta sehingga Kurang daripada RM5juta

 
BILANGAN PEKERJA SEPENUH MASA

a) Mikro – Kurang Daripada 5 Pekerja
b) Kecil – Dari 5 sehingga kurang daripada 20 pekerja
c) Sederhana – Dari 20 pekerja sehingga kurang daripada 50 pekerja

 
Namun begitu Nilai jualan tahunan dan Bilangan pekerja sepenuh masa ini berubah mengikut sektor seperti perkhidmatan, pertanian asas dan perkhidmatan ICT.
 
PKS merangkumi 99.2% daripada jumlah pertumbuhan perniagaan di negara ini.
Menurut statistik terkini, PKS menyumbang 32% daripada KDNK iaitu daripada sektor guna tenaga dan eksport.
 
APAKAH CIRI-CIRI UTAMA PKS

PKS di Malaysia memaparkan ciri utama seperti berikut:

a) PRODUKTIVITI YANG RENDAH

Berbanding dengan firma besar di Malaysia dan PKS di negara maju, Produktiviti PKS bagi pekerja mencatat nilai purata RM47,000 kira-kira satu pertiga daripada produktiviti firma besar domestik. PKS di Amerika Syarikat dan Singapura masing-masing adalah tujuh (7) kali dan empat (4) kali lebih produktif berbanding PKS di Malaysia.

b) KADAR PENUBUHAN PERNIAGAAN YANG SECARA RELATIFNYA LEBIH RENDAHbar chart

Berbanding negara berpendapatan tinggi, pembentukan syarikat liabiliti terhad digunakan sebagai kayu pengukur bagi dinamisme sektor swasta dan tahap keusahawan dalam sesebuah ekonomi.

Meskipun penubuhan perniagaan di malaysia agak pesat, sebahagian besarnya adalah milikan tunggal dan perkongsian manakala bilangan syarikat liabiliti terhad adalah kecil.

 
APAKAH PENDORONG PRESTASI PKS

Pemahaman tentang faktor yang mendorong prestasi PKS adalah penting dalam usaha melonjakkan pembangunan PKS.

Berdasarkan analisis teknikal terhadap data Malaysia, Pelan Induk menyerlahkan enam faktor yang mempengaruhi prestasi PKS Malaysia iaitu:

a) Penerapan Inovasi dan Teknologi
b) Pembangunan Modal Insan
c) Akses kepada pembiayaan
d) Akses kepada pasaran
e) Persekitaran perundangan dan kawal selia
f) Infrastruktur

 
Semua pendorong prestasi ini perlu dipertingkatkan secara serentak kerana sebarang kelemahan dalam mana-mana pendorong tersebut akan menghalang PKS mencapai potensi sepenuhnya.

Pada ketika ini, PKS masih belum berjaya mencatat prestasi tinggi ekoran cabaran tertentu dalam setiap bidang tersebut.

Pelan Induk PKS 2012-2020 perlu untuk menangani cabaran tersebut bagi meningkatkan prestasi pertumbuhan bagi mencapai Wawasan 2020.

Info dipetik dari buku Ringkasan Pelan Induk PKS 2012-2020 (Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan)
 

AdminInfo Sifu Niaga: Pengenalan Kepada Perusahaan Kecil & Sederhana -PKS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *