ccris-semak-laporan-kredit

Info Sifu Niaga: BAGAIMANA MAKLUMAT ANDA DIMASUKKAN KEDALAM CCRIS DAN CBM?

Panduan Untuk Usahawan-Usahawan

BAGAIMANA MAKLUMAT ANDA DIMASUKKAN KEDALAM CCRIS DAN CBM?


JJika anda memohon untuk pinjaman atau pembiayaan buat kali pertama dan anda tidak pernah menggunakan kad kredit sebelum ini, anda tidak mempunyai laporan kredit.

Institusi kewangan akan menggunakan sistem lain untuk menilai permohonan pinjaman atau pembiayaan anda. Sebaik sahaja anda mengambil kemudahan pinjaman atau pembiayaan pertama, butiran anda akan dihantar ke CCRIS. Beginilah caranya laporan kredit anda bermula.

Selepas itu, institusi kewangan akan mengemaskini, sekurang-kurangnya setiap bulan, baki terkumpul kemudahan kredit dan cara pengendalian akaun anda. Apabila anda memohon kemudahan pinjaman atau pembiayaan lain, institusi kewangan itu juga akan memeriksa kebolehpercayaan kredit anda.

>Mereka juga akan mengemukakan butir-butir anda kepada CCRIS untuk mendapatkan laporan kredit anda. Laporan kredit anda kini akan mengandungi semua butiran sejarah kredit anda bermula dengan pinjaman atau pembiayaan pertama anda.

Selain daripada CCRIS, terdapat juga agensi pelaporan kredit swasta, seperti Biro Kredit Malaysia atau Credit Bureau Malaysia. Agensi-agensi seperti ini biasanya menilai kebolehpercayaan kredit syarikat dan juga negara-negara.

Laporan daripada agensi-agensi swasta ini memberikan institusi kewangan perkhidmatan tambahan seperti penarafan kredit atau penilaian kebolehpercayaan kredit yang lebih lengkap.

Laporan kredit hanyalah salah satu kaedah yang digunakan oleh institusi kewangan untuk menilai permohonan pinjaman atau pembiayaan anda, dan cara setiap institusi kewangan menilai laporan kredit adalah berbeza.

Tidak ada peraturan “satu saiz untuk semua” dalam pemberian kredit. Institusi kewangan mengamalkan kadar risiko yang berbeza apabila membuat keputusan samada untuk menawarkan kredit atau tidak.

Oleh itu, jangan risau sekiranya laporan kredit anda menunjukkan pembayaran tertunggak dimasa lalu. Ia tidak bermakna semua institusi kewangan akan menolak permohonan pinjaman atau pemiayaan anda.

Walaubagaimanapun, jika anda membayar dengan segera dan tidak pernah tertunggak dalam pembayaran, maka peluang anda untuk mendapat pinjaman atau pembiayaan menjadi lebih cerah.

APA PERANAN CBM DAN BOLEHKAH IA MEMBANTU PKS MENDAPATKAN PEMBIAYAAN?

CBS mengeluarkan penarafan kredit bagi PKS. CBM mengumpul semua maklumat kewangan dan kredit perniagaan dari sumber seperti Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, pembekal, syarikat kredit dan pemajakan, syarikat-syarikat telekomunikasi serta penyedia utiliti.

 setiap transaksi apabila dikumpulkan akan memberi gambaran pergerakan kredit anda, misalnya samada anda sentiasa membayar tepat pada masa atau jika  anda sentiasa mempunyai baki pembayaran yang tertunggak.

setiap transaksi apabila dikumpulkan akan memberi gambaran pergerakan kredit anda, misalnya samada anda sentiasa membayar tepat pada masa atau jika anda sentiasa mempunyai baki pembayaran yang tertunggak.

Maklumat ini kemudian disalurkan kepada organisasi yang memerlukan laporan kredit, seperti Institusi kewangan untuk menilai pelanggan.

CBM tidak menawarkan pinjaman atau pembiayaan kepada PKS. Namun begitu, CBM boleh membantu PKS seperti anda untuk membina, mengekalkan dan meningkatkan rekod kewangan anda.

Ini adalah penting terutamanya jika anda baru mula berniaga dan institusi kewangan masih belum biasa dengan perniagaan anda kerana tidak mempunyai rekod kewangan yang formal.

CBM boleh membantu membina kedudukan kredit anda melalui transaksi lain diluar sistem perbankan seperti transaksi terkumpul sepanjang anda menjalankan perniagaan.

Anda mungkin mempunyai hubungan kredit dengan pembekal, syarikat-syarikat telekomuniksai dan pembekal utiliti seperti Tenaga Nasional. Setiap hubungan ini walaupun kecil dalam jumlah, setiap transaksi apabila dikumpulkan akan memberi gambaran pergerakan kredit anda, misalnya samada anda sentiasa membayar tepat pada masa atau jika anda sentiasa mempunyai baki pembayaran yang tertunggak.

APA PERANAN CBM DAN BOLEHKAH ANDA MENYEMAK KEDUDUKAN KREDIT ANDA SENDIRI?

Anda boleh mendapatkan “Laporan Pertanyaan Diri” yang mengandungi maklumat seperti penarafan risiko kredit syarikat anda, maklumat kredit perbankan anda, butiran cek yang dipulangkan dan data kredit perdagangan.

Laporan Pertanyaan Diri juga akan memaklumkan kepada anda apa-apa pertanyaan mengenai syarikat anda yang telah dibuat oleh institusi kewangan atau pemberi kredit.

APA PERANAN CBM DAN SELANJUTNYA BAGAIMANA CBM BOLEH MEMBANTU ANDA?

CBM juga membantu menyelesaikan pertikaian mengenai kedudukan kredit anda. Contohnya CBM boleh membantu anda memeriksa mana-mana maklumat palsu dalam laporan kredit anda.

CBM juga mempunyai unit nasihat pelanggan yang menasihati anda mengenai cara-cara untuk memperbaiki kedudukan dan penilaian kredit anda. Khidmat nasihat adalah percuma untuk semua pelanggannya.

-Perkongsian maklumat dari Institut Bank-Bank Malaysia-

AdminInfo Sifu Niaga: BAGAIMANA MAKLUMAT ANDA DIMASUKKAN KEDALAM CCRIS DAN CBM?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *