1Brem_Exp

Info Sifu Niaga: INGIN MENGURANGKAN RISIKO DITIPU SEMASA IMPORT & EKSPORT?

Panduan Untuk Usahawan-Usahawan

INGIN MENGURANGKAN RISIKO DITIPU SEMASA IMPORT & EKSPORT?


UUsahawan yang berjaya ialah usahawan yang bukan sahaja berani untuk berniaga didalam negara malah ke luar negara. Acapkali kita dengar usahawan yang mengeluh jika terpaksa mengimport mahupun mengeksport barangan ke luar kerana tidak mahir tentang instrumen kewangan untuk berurusan dengan pihak pembekal di luar negara.

Dengan berurusan dengan pembekal yang tidak dikenali apatah lagi “orang luar” maka risiko yang perlu diambil menjadi semakin tinggi dan diluar kawalan.

Tahukah anda usahawan kategori ini terpaksa berurusan dengan pelbagai pengantara contohnya syarikat perkapalan, pihak berkuasa pelabuhan, syarikat pengangkutan darat, dan syarikat pergudangan.
Semua ini membentuk rantaian bekalan anda.

Terdapat risiko semasa membuat penghantaran dan pengangkutan produk. Dalam keadaan ini, institusi kewangan boleh menjadi perantara yang boleh dipercayai bagi semua pihak berkenaan.

Bank komersil seperti Exim Bank dan agensi-agensi tertentu ada menyediakan pembiayaan, insurans, geran, sokongan dan perkhidmatan untuk perdagangan.

SURAT KREDIT / LETTER OF CREDIT

Jika anda mengimport barangan dari luar negara, bank anda boleh mengeluarkan SURAT KREDIT kepada penjual diluar negara itu. Ini memberikan keyakinan kepada pembekal asing bahawa ia akan dibayar untuk barangannya. Anda kemudiannya akan membayar bank anda untuk barangan yang di import tersebut.

Namun begitu Letter of Credit (LC) / Surat Kredit boleh juga digunakan dengan cara yang sama untuk barangan yang anda beli dari dalam negara.

Pihak yang terlibat bagi Letter of Credit:

a) Pembekal / Penjual barang -benefisiari
b) Bank yang mengeluarkan
c) Pembeli

BELIAN BIL PERTUKARAN / BILLS OF EXCHANGE PURCHASED

Bank akan membeli bil dikeluarkan anda untuk dikutip bayarannya. Akaun anda dikreditkan dengan jumlah tersebut. Sebagai pengeksport, anda mendapatkan dana segera (selepas penerimaan dokumen yang diperlukan) tanpa menunggu bayaran daripada pembeli asing.

Ini membantu anda mengurus modal kerja dan aliran tunai dengan lebih baik.

TRUST RECEIPT / RESIT AMANAH

Selepas surat kredit /LC dibuka dan penghantaran import atau penghantaran tempatan sampai, anda perlu membayar jumlah tertentu untuk LC atau anda boleh memohon untuk “pembiayaan penerimaan amanah” untuk membantu membayar pembelian anda.

Anda mestilah mempunyai wang dalam akaun bank anda (berjumlah sehingga kepada nilai invois pembelian daripada pembekal) sebelum anda menjual produk. Yang menariknya anda “berjaya” menjaga aliran tunai anda kerana anda boleh membayar balik bank dengan menggunakan hasil daripada jualan anda nanti.

BANKER’S ACCEPTANCE / PENERIMAAN JURUBANK

Penerimaan jurubank adalah kaedah pembiayaan jangka pendek untuk perdagangan.

Sebagai contoh pengeksport Malaysia perlu dibayar oleh pengimport Indonesia. Ini adalah kali pertama mereka menjalankan perniagaan bersama dan pengeksport Malaysia tidak rela memberikan tempoh kredit kepada syarikat Indonesia.

Bank pengimport Indonesia bersetuju untuk membayar produk daripada pengeksport Malaysia kerana syarikat Indonesia mempunyai kredit yang baik dengan bank.

“BANKER’S ACCEPTANCE adalah amat berguna jika pengimport tidak boleh mendapatkan tempoh kredit daripada pengeksport.”

Bank menjadi perantaraan yang mengurangkan RISIKO tidak dibayar kepada pengeksport dan memudahkan pengurusan modal kerja oleh pengimport.

Masih banyak lagi instrumen kewangan yang boleh digunakan untuk mengurangkan risiko perniagaan.

Teruskan bersama Sifu Niaga

Kami akan sentiasa memberikan info perniagaan dengan percuma!

AdminInfo Sifu Niaga: INGIN MENGURANGKAN RISIKO DITIPU SEMASA IMPORT & EKSPORT?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *