mosti

Info Sifu Niaga: MENCARI SUMBER DANA?

Panduan Untuk Usahawan-Usahawan

MENCARI SUMBER DANA?


R
Ramai antara usahawan yang mengeluh dan berputus-asa apabila menghadapi masalah untuk mendapatkan pembiayaan.
Selain daripada meminjam dari individu atau rakan-rakan, usahawan juga boleh memohon pinjaman dari pihak bank.

“Tahukah anda bahawa terdapat dana-dana yang diperuntukkan oleh kementerian tertentu untuk kategori usahawan yang berkecimpung didalam industri terpilih?”


Sebagai contoh, Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI) telah memberikan perhatian serius terhadap usaha mengkomersilkan produk dan perkhidmatan berteraskan Research & Development (R & D).

Pihak kementerian dengan tema STI for Wealth Creation adalah satu program dan inisiatif bagi menyediakan peluang seluas-luasnya kepada teknopreneur untuk mengkomersilkan hasil R & D mereka. STI bermaksud Sains, Teknologi & Inovasi manakala R & D ialah Research & Development (Kajian Dan Pembangunan).

Melalui inisiatif yang ada didalam program Tahun Pengkomersilan MOSTI 2014 (MCY 2014) terdapat tiga (3) komponen utama yang dititikberatkan iaitu:

  • Technology Commercialisation Platform (TCP).
  • Perkhidmatan.
  • Promosi.



Ianya mengandungi sembilan (9) inisiatif seperti berikut:

1) Program bina upaya
2) Pembangunan Produk
3) Fasilitasi akses kepada pasaran
4) Fasilitasi akses kepada infrastruktur
5) Portal maklumat R&D
6) Direktori produk R&D
7) Galeri R&D
8) Techshoppe
9) Plat nombor kereta khas

Objektif program MCY2014 ini adalah ;-

Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI) telah memberikan perhatian serius terhadap usaha mengkomersilkan produk dan perkhidmatan berteraskan Research & Development (R & D)

Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI) telah memberikan perhatian serius terhadap usaha mengkomersilkan produk dan perkhidmatan berteraskan Research & Development (R & D)

  • Mensasarkan sekurang-kurangnya 60 produk R&D untuk dikomersilkan.
  • Menyediakan satu platform pengkomersilan komprehensif meliputi
    aktiviti-aktiviti seperti penambahbaikkan dan pembangunan produk yang
    mematuhi piawaian dan ujian klinikal dengan kebolehpasaran yang tinggi
  • Meningkatkan kemampuan dan keupayaan usahawan tekno melalui akademik,
    teknologi, teknikal, generik dan keusahawanan.

Antara Dana yang dibiayai oleh MOSTI ialah;-

  • a) ScienceFund
  • b) Skim Geran Bioteknologi R&D
  • c) InnoFund
  • d) Demonstrator Application Grant Scheme (DAGS)
  • e) Tabung Pembangunan Industri Kandungan (e-Content)
  • f) Dana Pengkomersilan Bioteknologi (BCG)
  • g) Brain Gain Malaysia (BGM)


ScienceFund

ScienceFund ialah dana yang disediakan oleh Kerajaan untuk membiayai projek-projek penyelidikan R&D yang boleh menyumbang kepada penemuan idea baharu dan meningkatkan pengetahuan sains gunaan dengan memberi tumpuan kepada penyelidikan yang berimpak tinggi dan berinovasi.

Skim Geran Bioteknologi R&D

Terdapat 3 jenis inisiatif R&D dibawah skim ini iaitu;-

1) Inisiatif R&D Bioteknologi Pertanian

– R&D dalam bidang strategik iaitu pertanian bioteknologi yang akan membawa kepada pemodenan dan transformasi sektor pertanian.

2) Inisiatif R&D Genomik & Biologi Molekul

– Menjana harta intelek dan teknologi untuk diaplikasikan dalam bio-pembuatan produk moden yang bernilai tinggi seperti biocatalysts, fine chemical dan diagnostik.

3) Inisiatif R&D Farmaseutikal & Nutraseutikal

– Untuk membangunkan produk atau perkhidmatan oleh saintis temptan bagi mematuhi piawaian antarabangsa seperti Amalan Penyelidikan Baik (GRP) dan amalan Makmal Baik (GLP)
Untuk mengetahui jenis-jenis pembiayaan lain oleh MOSTI, nantikan sisipan info Sifu Niaga pada masa hadapan.

Diharap agar usahawan diluar sana tidak jemu untuk berusaha mencari
sumber-sumber dana yang sememangnya tersedia untuk anda pohon.

-Bro Sifu-

AdminInfo Sifu Niaga: MENCARI SUMBER DANA?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *