bankrupt

Info Sifu Niaga: RISAU SYARIKAT AKAN DIGULUNG?

Panduan Untuk Usahawan-Usahawan

RISAU SYARIKAT AKAN DIGULUNG?


P
Penggulungan syarikat adalah salah satu dari situasi yang sudah tentu tidak mahu dilalui oleh setiap usahawan.

Antara faktor penyebab yang menyebabkan seseorang itu tidak berani untuk menceburkan diri didalam bidang perniagaan ialah kerana takut jika terpaksa “gulung tikar” disebabkan syarikat mengalami kerugian yang berterusan.

Kebanyakan syarikat yang terpaksa digulung ataupun yang digulung secara sukarela ialah syarikat yang tidak mempunyai asas perniagaan yang kuat ataupun selalu kita panggil “business model” tidak mantap dan perlu banyak diperbaiki.

Walaupun berbagai-bagai ikhtiar telah dilakukan untuk menyelamatkan syarikat dari digulung tetapi adakalanya ianya adalah tindakan terakhir dan terbaik yang terpaksa diambil oleh usahawan yang terlibat.

Menurut Akta Syarikat 1965 Seksyen 211;-3d-bar-chart
 
Penggulungan sesebuah syarikat boleh dilakukan samada secara

a) Sukarela
b) Arahan Mahkamah
 
Menurut Akta Syarikat 1965 Seksyen 214 (1);-  

Sekiranya sesebuah syarikat itu digulung, setiap ahli (pemegang saham) pada masa ini dan terdahulu hendaklah tertanggung untuk menyumbang kepada aset-aset syarikat kepada amaun yang mencukupi bagi pembayaran hutang-hutangnya dan tanggungan-tangungan dan kos, cas dan perbelanjaan penggulungan dan bagi pelarasan hak-hak penyumbang dikalangan mereka, tertakluk kepada beberapa keadaan dan kelayakan yang tertentu.

Antara keadaan dan kelayakan itu ialah ;-

 
  • Seseorang ahli (pemegang saham) yang terdahulu hendaklah tidak tertanggung untuk menyumbang jika ia telah berhenti sebagai ahli bagi SATU TAHUN ATAU LEBIH sebelum kuatkuasanya penggulungan;
  •  
  • Seseorang ahli (pemegang saham) yang terdahulu hendaklah tidak tertanggung untuk menyumbang berhubung dengan mana-mana hutang atau tanggungan syarikat yang dibuat selepas ia berhenti menjadi ahli (pemegang saham).
  •  
  • Didalam kes sebuah syarikat yang terhad dengan syer, tiada apa-apa sumbangan diperlukan daripada mana-mana ahli (pemegang saham) melebihi amaun, (jika ada), yang masih tertunggak keatas, syer berhubung dengan mana ia tertanggung sebagai ahli yang ada atau yang terdahulu.
  •  
  • Didalam kes sebuah syarikat yang terhad melalui garenti (guarantee) seperti Yayasan, tidak ada sumbangan diperlukan dari mana-mana ahli (pemegang saham) melebihi amaun yang diakujanji untuk disumbangkan olehnya pada aset syarikat dalam keadaan ia digulungkan

Menurut Akta Syarikat 1965 Seksyen 214 (2) berkenaan tanggungan pengarah-pengarah syarikat yang digulung ada menyatakan bahawa pengarah syarikat melalui garenti (guarantee) seperti yayasan dan syarikat terhad dengan syer akan hanya tertanggung setakat jumlah belum dibayar keatas mana-mana syer yang dipegang olehnya.

“Menurut Akta Syarikat 1965 Seksyen 214 (2) berkenaan tanggungan pengarah-pengarah syarikat yang digulung ada menyatakan bahawa pengarah syarikat melalui garenti (guarantee) seperti yayasan dan syarikat terhad dengan syer akan hanya tertanggung setakat jumlah belum dibayar keatas mana-mana syer yang dipegang olehnya. “

Menurut Akta Syarikat 1965 seksyen 217 (1)  

Sesebuah syarikat (samada atau tidak digulungkan secara sukarela) boleh digulungkan dibawah suatu perintah Mahkamah atas petisyen antaranya oleh ;-

  • Syarikat
  • Mana-mana pemiutang, termasuk pemiutang yang dijangkakan atau prospektif, syarikat
  • Penyelesai
  • Menteri menurut seksyen 205 atau seksyen 218 (1) (d)
  • Bank Negara Malaysia dalam hal syarikat yang dilesenkan dibawah Akta Insurans 1996.

 

Mahkamah boleh memerintahkan penggulungan meurut seksyen 218 Akta syarikat 1965 antaranya jika;-

  • syarikat telah melalui resolusi khas memutuskan supaya ia digulungkan oleh Mahkamah
  • syarikat ingkar dalam menyerahsimpan laporan berkanun atau dalam mengendalikan mesyuarat berkanun
  • syarikat tidak memulakan perniagaan dalam masa satu tahun dari pemerbadannya atau menggantung perniagannya untuk seluruh tahun
  • syarikat tidak mampu membayar hutangnya

  • pengarah-pengarah telah bertindak dalam hal ehwal syarikat dengan kepentingan mereka sendiri lebih baik dari kepentingan ahli (pemegang saham) secara keseluruhan, atau dalam mana-mana cara jua kelihatan tidak adil atau tidak wajar kepada lain-lain ahli (pemegang saham)
 

Diharap agar usahawan semua mendapat sedikit info dan matlumat penting tentang cara-cara syarikat boleh digulung dan berusaha untuk mengindarinya.

Nantikan sisipan seterusnya dari Sifu Niaga

AdminInfo Sifu Niaga: RISAU SYARIKAT AKAN DIGULUNG?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *