OH-Assist-OH-Assist-screen-slaves-work-phone-and-laptop

Info Sifu Niaga: BUNTU UNTUK LUNASKAN HUTANG?

Panduan Untuk Usahawan-Usahawan

BUNTU UNTUK LUNASKAN HUTANG?


D

Didalam sisipan Sifu Niaga yang lalu kita telah banyak membincangkan tentang topik bagaimana untuk memulakan perniagaan, bagaimana untuk menguruskan syarikat, bagaimana untuk membuat kertas kerja untuk pinjaman perniagaan dan berbagai-bagai panduan dan ilmu perniagaan yang lain.

Didalam usaha untuk memulakan perniagaan mahupun untuk mengembangkan perniagaan, tidak dapat tidak kita terpaksa meminjam untuk keperluan modal pusingan mahupun menampung kos operasi syarikat.

Hampir 85% syarikat mahupun individu didapati menghadapi masalah untuk melunaskan hutang ataupun pinjaman yang mereka perolehi.

Jika ini berlaku apakah option ataupun pilihan yang kita ada untuk melunaskan hutang dan memulihkan pinjaman anda?

Antara beberapa langkah yang boleh diambil ialah dengan ;-

  • Menjadualkan semula hutang
  • menyusun semula hutang
  • berdepan proses undang-undang

PENJADUALAN SEMULA

Penjadualan bermaksud anda menukar terma pembayaran balik pinjaman atau pembiayaan tetapi syarat-syarat utama perjanjian tidak berubah.

Sebagai contoh, tempoh pinjaman atau pembiayaan boleh dilanjutkan dan jumlah ansuran bulanan boleh disemak semula supaya dikurangkan.debt-consolidation-1

Didalam keadaan-keadaan dan situasi yang tertentu, penangguhan pembayaran ansuran untuk tempoh yang singkat juga boleh diusahakan. Tujuannya ialah untuk membolehkan anda melengkapkan proses pembayaran balik, manakala institusi kewangan boleh mendapatkan balik semua wang mereka.

PENSTRUKTURAN SEMULA

Penstrukturan semula atau penyusunan semula pinjaman atau pembiayaan bermakna anda menukar terma dan syarat utama kemudahan, termasuk perubahan jenis atau sktruktur kemudahan tersebut.

Tujuannya adalah untuk membolehkan penghutang melengkapkan proses pembayaran balik, manakala institusi kewangan mendapatkan balik pinjaman atau pembiayaan yang diberi.

PROSES UNDANG-UNDANG

Proses undang-undang ialah satu proses yang memeritkan kepada si peminjam kerana pihak bank boleh meminta mahkamah agar mengarahkan si peminjam untuk menjelaskan bayaran tertunggak dengan apa cara sekalipun.

“Sekiranya anda memperoleh pinjaman atau pembiayaan bersandarkan cagaran, bank boleh menyita cagaran yang telah dicagarkan itu dengan menjual cagaran ataupun jika cagarannya adalah didalam bentuk simpanan tetap maka pihak bank berhak untuk mencairkan simpanan tetap tersebut.”

Seandainya pinjaman atau pembiayaan anda dijamin, maka bank boleh mendapatkan bayaran tertunggak daripada penjamin anda. Jika penjamin ialah adik beradik, ibu bapa, rakan rapat mahupun saudara-mara, ini sudah tentu menambahkan lagi tekanan terhadap si peminjam kerana terpaksa berdepan dengan penjamin yang sudah tentu tidak berpuas hati kerana mereka dibabitkan sama dengan masalah anda.

Secara kesimpulannya:-

PENJADUALAN SEMULA;-

  • Mengubah tempoh pinjaman atau pembiayaan
  • - Struktur pembayaran, kadar faedah & tempoh pembayaran

    PENSTRUKTURAN SEMULA ;-

    • Mengubah sifat pinjaman atau pembiayaan
    • - Jenis kemudahan, Struktur pembayaran, Kadar faedah, Tempoh pembayaran, Struktur Cagaran.

      PROSES UNDANG-UNDANG ;-

      • Penjuala Aset yang telah dicagarkan, Pencairan Simpanan Tetap dan mendapatkan keseluruhan jumlah pinjaman dari penjamin

      Namun begitu ada beberapa agensi dan organsasi yang boleh memberikan bantuan khidmat nasihat kepada usahawan yang bermasalah ini. Antaranya;-

      a) Pusat Rujukan Setempat (ORC) Sme Corp
      b) Urus Setia Jawatankuasa Penyelesaian Hutang Kecil (SDRC)
      c) Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)

      Diharap agar usahawan yang bermasalah dapat sedikit sebanyak idea dan informasi bagaimana untuk menyelesaikan masalah hutang yang sedang dihadapi.

      AdminInfo Sifu Niaga: BUNTU UNTUK LUNASKAN HUTANG?

      Leave a Reply

      Your email address will not be published. Required fields are marked *