Pengalaman Memulakan Perniagaan

Home Forums Forum Sifu Niaga Pengalaman Memulakan Perniagaan

Tagged: 

This topic contains 2 replies, has 3 voices, and was last updated by Avatar of Bro Sifu Bro Sifu 3 years, 7 months ago.

Viewing 3 posts - 1 through 3 (of 3 total)
  • Author
    Posts
  • #7277
    Avatar of Admin
    Admin
    Keymaster

    Mula BerniagaKongsi pengalaman anda memulakan perniagaan di ruang ini…!
    Tidak kiralah ianya manis atau pahit, jatuh atau bangkit. Insyaallah pengalaman anda menjadi panduan ramai lebih-lebih lagi kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan.

    Bukalah minda dan berlapang dada untuk berkongsi ilmu perniagaan sesama ahli dan pengunjung laman Sifu Niaga!

    #7281
    Avatar of Tauke Bengkel
    Tauke Bengkel
    Participant

    Nak mulakan perniagaan ni ada banyak cabarannya.. Tapi kalau dikenang balik memang tersenyum..

    Antara cabaran nak mula berniaga untuk saya sudah tentulah modal. Mula-mula modal kecik mula berniaga kat rumah jer.. Berniaga kat rumah ni ok tapi pelanggan kurang yakin. Sebab kalau apa-apa masalah dengan produk yang kita jual dorang rasa leceh lak nak datang ke rumah..

    Dah ada budget dan bisnes pun dah ok terus buka kedai. Nampak bezanya bila dah buka kedai. Pelanggan bertambah ramai lepas buka kedai.

    Tapi dah buka kedai ada juga cabarannya. Sewa tapak, bil elektrik, maintenance dsb.

    #7293
    Avatar of Bro Sifu
    Bro Sifu
    Participant

    Ada ramai antara kita yang ingin berniaga tetapi takut untuk berhenti kerja.

    Sebenarnya kita “berperang” dengan diri kita sendiri. Ikutkan hati siapa yang suka menerima arahan? Semua orang suka bebas untuk melakukan apa-apa sahaja tanpa paksaan.

    Setiap pagi isnin mulalah ada perasaan malas hendak ke pejabat atau “monday blues” . Maka perasaan untuk berhenti kerja semakin membuak-buak.

    Ini adalah dari pengalaman saya sendiri. Ingin berhenti tetapi tidak pasti adakah pilihan yang terbaik untuk kita pilih..dalam fikiran selalu katakan..jangan syok sendiri…orang lain boleh berniaga dan berjaya tak semestinya kita pun boleh berjaya…

    Tetapi akhirnya kita sedar bahawa kalau ikutkan persepsi negatif..sampai bila pun kita tak akan berjaya maju kehadapan.

    Akhirnya kita balik kepada ajaran islam. 9/10 daripada punca rezeki adalah dari perniagaan. So nak risau apa lagi..maka bermulalah episod untuk berhenti kerja.

    Bila masa untuk berhenti kerja? Itu pun menjadi satu masalah besar pada masa itu…

Viewing 3 posts - 1 through 3 (of 3 total)

You must be logged in to reply to this topic.

AdminPengalaman Memulakan Perniagaan